Terdapat 68 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia securities"

LSH Capital Gantung Dagangan Sehingga Pindahan Penyenaraian Ke Pasaran ACE Selesai

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menggantung lebih awal dagangan sahamnya di Pasaran LEAP berkuat kuasa 2.30 petang hari ini sehingga pindahan penyenaraian ke Pasaran ACE selesai. 

NationGate Nafi Ada Kaitan Dengan Dakwaan Pergerakan Cip Nvidia

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- NationGate Holdings Bhd hari ini menafikan sebarang pembabitan dalam kes penipuan di Singapura yang berkaitan dengan dakwaan pergerakan cip Nvidia.

Bursa Malaysia Kemuka Pertanyaan Aktiviti Luar Biasa Kepada NationGate

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada NationGate Holdings Bhd berikutan penurunan mendadak harga saham syarikat itu hari ini.

HI Mobility Meterai Perjanjian Taja Jamin Runcit Dengan Maybank IB Untuk IPO

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- HI Mobility Bhd memeterai perjanjian taja jamin runcit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

KWSP Beli Saham MAHB Pada RM11 Bagi Pastikan Harga Senarai Semula Lebih Tinggi – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada harga RM11 sesaham adalah bagi memastikan MAHB di landasan tepat untuk disenaraikan semula dengan harga lebih tinggi. 

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka, Denda Pengarah Iqzan Holding

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Iqzan Holding Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

GDA Akan Peroleh Semua Baki Saham MAHB Pada RM11 Sesaham

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) bercadang untuk memperoleh semua saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) daripada pemegang saham yang tidak bersetuju, pada harga RM11 sesaham.

MAHB Kemukan Permohonan Nyahsenarai Selepas Konsortium Peroleh 98.68 Peratus Pegangan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Bursa Securities untuk mengeluarkan status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi, selaras dengan Perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian.

KNM Group, Meridian Rangka Pelan Untuk Keluar Daripada Status PN17

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Syarikat berstatus PN17 (Nota Amalan 17), KNM Group Bhd, masih dalam proses merangka pelan untuk menyelaraskan keadaan kewangannya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Harga Saham Turun Mungkin Susulan Mahkamah Tolak Saman Terhadap Apple Malaysia - Salutica

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Salutica Bhd menjelaskan bahawa penurunan mendadak harga sahamnya mungkin disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak saman oleh anak syarikat kumpulan itu, Salutica Allied Solutions Sdn Bhd terhadap Apple Malaysia Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Luluskan Pelan Penyusunan Semula Bintai Kinden

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan cadangan pelan penyusunan semula Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha syarikat itu ke arah pemulihan kewangan dan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Capital A Dijangka Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Suku Pertama 2025 -- Fernandes

SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.