BERITA TERKINI   Malaysia gesa Thailand-Kemboja hentikan permusuhan, tidak lakukan tindakan ketenteraan - PM Anwar | Sukan SEA: Peluncur ais kebangsaan Fang Ze Zeng raih emas acara perseorangan lelaki | MoU Kerjasama Pertahanan Malaysia-AS adalah atas kepentingan negara - Mohamed Khaled | MoU Kerjasama Pertahanan antara Malaysia dan Amerika Syarikat tiada kaitan dengan ART - Mohamed Khaled | 

Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " dr mohd uzir mahidin"

219,015 Pertubuhan Milikan Wanita Beroperasi Pada 2022, Selangor Tertinggi

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Sejumlah 219,015 pertubuhan milikan wanita dicatatkan pada 2022 yang menyumbang 20.1 peratus kepada keseluruhan pertubuhan dalam ekonomi pada tahun itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Susut 1.9 Peratus Pada Mac 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) susut 1.9 peratus pada Mac 2025 berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Terma Perdagangan Malaysia Menokok 1.2 Peratus Pada Mac 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Terma Perdagangan Malaysia naik 1.2 peratus bulan ke bulan kepada 119.5 mata pada Mac 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Jualan Sektor Pembuatan Tumbuh 4.7 Peratus Kepada RM153.1 Bilion Pada Feb 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025 (Januari 2025: 3.5 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 1.5 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Eksport Dari Lapan Negeri Naik Kepada RM71.6 Bilion Pada Februari - DOSM

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Eksport dari lapan negeri meningkat kepada RM71.6 bilion pada Februari 2025, menyumbang kepada jumlah keseluruhan eksport Malaysia sebanyak RM118.3 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Harga Eksport Malaysia Naik 0.1 Peratus, Harga Import Meningkat 0.3 Peratus Pada Februari

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Februari 2025 naik 0.1 peratus daripada 151.2 mata pada bulan sebelumnya manakala indeks nilai seunit import juga meningkat 0.3 peratus kepada 128.1 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Catat Kenaikan Sederhana 0.3 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)  -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Meningkat Dengan Kadar Perlahan 1.5 Peratus Pada Februari 2025 – Perangkaan

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perdagangan Borong, Runcit Catat Pertumbuhan 4.6 Peratus Tahun Ke Tahun Kepada RM148.9 Bilion Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia memulakan 2025 dengan jumlah jualan RM148.9 bilion pada Januari, merekodkan pertumbuhan 4.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MRCA, DOSM Jalin Kerjasama Tingkatkan Analisis Data Sektor Peruncitan

PUTRAJAYA, 7 Mac (Bernama) -- Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bekerjasama untuk mempertingkatkan pengumpulan dan analisis data dalam sektor runcit.