BERITA TERKINI   RUU Tribunal Anti-Buli dijangka dibentang di Parlimen Oktober ini - Azalina | 

Terdapat 2159 berita berdasarkan kata kunci carian " bursa malaysia"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

FGV Holdings Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM137 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM136.88 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM86.38 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Untung Bersih Hong Leong Financial Group Bagi Tahun Kewangan 2025 Naik Kepada RM3.25 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 meningkat kepada RM3.25 bilion daripada RM3.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh prestasi yang lebih baik dalam perbankan komersial dan insurans.

Penyahsenaraian FGV Bolehkan Felda Tumpu Pulangan Bagi Peneroka, Nilai Pegangan Saham

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Langkah penyahsenaraian FGV Holdings Bhd daripada Bursa Malaysia esok, memberi peluang lebih besar kepada salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu melaksanakan strategi, termasuk menumpukan usaha menjana pulangan lebih menarik kepada peneroka selain nilai bagi pemegang sahamnya.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannya

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi kebanyakannya pada Rabu.

Bursa Malaysia Alami Penurunan Berikutan Pengambilan Untung Pada Awal Dagangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu namun turun dalam beberapa minit selepas itu, dengan indeks penanda aras mengalami penyusutan berikutan aktiviti pengambilan untung susulan penjualan semalam, meskipun dagangan di Wall Street meningkat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa apabila harga emas mencecah paras tertinggi lebih daripada dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemberhentian Gabenor Rizab Persekutuan AS, Lisa Cook.

Keuntungan Bersih AirAsia X Melonjak Kepada RM35.22 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih AirAsia X Bhd (AAX) melonjak kepada RM35.22 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM4.82 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

TH Plantations Tamatkan Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Hari Ini

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd Mohamed Zainurin Mohamed Zain telah ditamatkan hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama tiga hari untuk ditutup pada paras terendah harian hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan kukuh baru-baru ini sejajar dengan prestasi kurang menggalakkan di pasaran serantau.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 Public Bank Susut Sedikit Kepada RM1.76 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sedikit sebanyak RM1.76 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025, berbanding RM1.78 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.