BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,676.0, manakala kontrak Januari 2026 dan Mac 2026 naik 1.0 mata masing-masing kepada 1,680.0 dan 1,664.5.

Bagaimanapun, kontrak Jun 2026 susut 3.0 mata kepada 1,664.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 23,709 lot daripada 39,353 pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 63,355 kontrak daripada 76,499 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.21 mata, atau 0.07 peratus, kepada 1,677.10 daripada 1,678.31 pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum menyambut Hari Krismas.

-- BERNAMA