BERITA TERKINI   Panggilan kecemasan melalui NG MERS 999 tinggi tapi terkawal, 95 peratus panggilan dijawab dalam tempoh lapan saat - Teo Nie Ching | Ia adalah lawatan yang amat baik ke Kenya; hubungan dua hala berasaskan persahabatan yang kukuh - PM Anwar | Presiden Kenya akan melawat Malaysia tahun depan - PM Anwar | Malaysia akan menyokong pembangunan semikonduktor dan pembuatan Kenya - PM Anwar | Malaysia, Kenya komited hapus halangan perdagangan, perluas eksport antara satu sama lain dan perkukuh kerjasama dalam teknologi digital, pembuatan berteknologi tinggi - Presiden Kenya | 

Terdapat 652 berita berdasarkan kata kunci carian "harga minyak"

Harga Minyak Brent Lonjak Enam Peratus Dalam Sehari Selepas AS Sekat Dua Firma Rusia

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia - Rosneft dan Lukoil, terbukti melonjakkan harga minyak mentah Brent sebanyak enam peratus dalam masa sehari ketika peniaga dan pihak penapis minyak bergelut mendapatkan bekalan alternatif, kata Rystad Energy.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Harga Minyak Mentah Melonjak Lebih 5.0 Peratus Susulan Pengumuman Sekatan AS

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus pada  Khamis susulan pengumuman sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap syarikat minyak Rusia.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, mengatasi kerugian pada awal dagangan sejajar dengan pengukuhan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Harga Minyak Kukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong harga minyak mentah yang lebih kukuh susulan kebimbangan mengenai bekalan selepas  AS dan Kesatuan Eropah kenakan sekatan ke atas pengeluar minyak utama Rusia.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah pemulihan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

Harga Minyak Sawit Dijangka Kekal Melebihi RM4,400 Setan Hingga Akhir Tahun - MPOC

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menjangkakan harga minyak sawit kekal stabil melebihi RM4,400 setan menjelang akhir 2025, di tengah-tengah harga minyak mentah yang lemah dan inventori minyak sayuran yang tinggi di pasaran pengguna utama seperti China dan India.

BUDI95: 300 Liter Cukup Bagi Kegunaan Biasa , Kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Banyak Berubah, Cenderung Meningkat Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan yang tidak banyak berubah dengan kecenderungan meningkat serta sentimen berhati-hati kalangan peniaga, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan prestasi bercampur-campur, turun naik di kedua-dua arah pasaran kerana sentimen kekal berhati-hati.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah dan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

ASEAN Berpotensi Jadi Hab Serantau Pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan permintaan bahan api penerbangan mampan (SAF) sekiranya blok itu menggubal dasar untuk memacu penerimagunaan dan pelaburannya.