Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan serantau yang tidak menentu dalam persekitaran harga minyak mentah yang rendah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh data ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan dan petunjuk momentum ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, selain kenaikan kos sara hidup dan penutupan kerajaan itu baru-baru ini.
“Bagaimanapun, penurunan dikekang oleh kebimbangan mengenai potensi kekurangan bekalan berikutan amaran cuaca hujan lebat di Thailand selain peniaga menunggu data ekonomi utama AS hari ini,” katanya kepada Bernama.
Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 1.5 sen kepada 732.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot satu sen kepada 576 sen sekilogram.
Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada 24 Dis dan 25 Dis 2025 sempena malam Krismas dan sambutan Hari Krismas. Dagangan akan disambung semula pada 26 Dis 2025.
-- BERNAMA