BERITA TERKINI   Sepak Takraw, Judo, Olahraga, Menembak dan Muay Thai antara sukan yang cemerlang pada Sukan SEA 2025 - Ketua Pengarah MSN | Sukan SEA 2025: Selepas lapan tahun Malaysia rangkul pingat emas sepak takraw regu lelaki, tewaskan Vietnam 15-9, 15-9 | Sukan SEA 2025: 34 peratus daripada 646 muka baharu berjaya raih pingat - Ketua Pengarah MSN | Sukan SEA 2025: Jaguh wushu negara, Tan Cheong Min dinamakan atlet terbaik wanita negara – Ketua Pengarah MSN | Sukan SEA 2025: Perenang negara, Khiew Hoe Yean dinamakan atlet terbaik lelaki negara – Ketua Pengarah MSN | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Lemah, Harga Minyak Mentah Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini susulan penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran semakin terjejas oleh jangkaan cuaca yang lebih baik di negara pengeluar getah asli utama.

"Monsun timur laut Thailand dijangka mereda, mengurangkan hujan di selatan dari 18 hingga 24 Disember," katanya kepada Bernama.

Pada waktu berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent menurun 0.50 peratus kepada US$59.52 setong.

Namun begitu, katanya, penurunan selanjutnya terhad oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

"Tuntutan awal pengangguran AS meningkat kepada 224,000, seiring dengan unjuran sekali gus menunjukkan pasaran buruh yang stabil dan menyokong sentimen risiko," katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM20) menurun 4.5 sen kepada 723.00 sen setiap kilogram manakala lateks dalam bentuk pukal merosot 1.5 sen kepada 575.00 sen setiap kilogram.

-- BERNAMA