Terdapat 124 berita berdasarkan kata kunci carian " pengimport"

Produk Gegelung Besi Dari Tiga Negara Didapati Diimport Pada Harga Lambakan - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan mendapati terdapat bukti yang mencukupi bahawa produk gegelung atau kepingan besi bergalvani atau gegelung atau kepingan keluli bergalvani berasal dari China, Korea Selatan dan Vietnam, diimport pada harga lambakan.

MATRADE Ketuai Delegasi Malaysia Ke Pameran Korea, Perkukuh Hubungan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai penyertaan Malaysia di Pameran Import Korea (KIF) 2025 yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 Julai di Pusat Konvensyen COEX, Seoul, Korea Selatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Pembelian Dari India

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meningkat ketika mengakhiri dagangan hari ini, disokong peningkatan pembelian dari India.

SIRIM Akan Keluar Sijil Kelulusan Bagi Import Sisa Plastik Berkuat Kuasa 1 Julai

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diberi mandat untuk menjadi badan pemeriksa tunggal dan pengeluar sijil kelulusan (COA) bagi import sisa plastik ke Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2025

PM Anwar Bertemu Pemimpin Syarikat Gergasi Industri Itali Dalam Lawatan Ke Rom

Daripada  Arul Rajoo Durar Raj

ROME, 2 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu dengan barisan eksekutif tertinggi tiga syarikat terkemuka Itali pada hari kedua lawatan kerja beliau ke negara itu, sambil menegaskan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan dipercayai.

PM Anwar Bertemu Peneraju Industri Itali

ROM, 2 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan hari kedua lawatan kerja beliau di ibu negara Itali ini dengan mengadakan mesyuarat meja bulat bersama peneraju industri utama.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, dipengaruhi ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Rusia Setuju Terus Bekerjasama Tingkatkan Keupayaan Malaysia Bangunkan Teknologi Nuklear - TPM Fadillah

MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdagangan Barang Dunia Pulih Awal 2025 Susulan Jangkaan Tarif AS - WTO

MOSCOW, 27 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Perdagangan barang dunia mencatat peningkatan ketara pada awal 2025 berikutan langkah negara pengimport mempercepatkan pembelian menjelang pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), namun pesanan eksport yang semakin lemah menunjukkan momentum itu mungkin tidak berpanjangan, menurut Barometer Perdagangan Barang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pemain Minyak Sawit Perlu Lindung Nilai, Pelbagaikan Aktiviti Hiliran -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pengeluar minyak sawit Malaysia perlu mempergiat usaha untuk melindung nilai dan mempelbagaikan aktiviti hiliran bagi mengurangkan risiko turun naik harga secara mendadak, kata ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Malaysia Teruskan Pengenaan Duti Anti-Lambakan Ke Atas CRC Dari China, Jepun

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah membuat penentuan muktamad afirmatif bagi penerusan pengenaan duti anti-lambakan ke atas import produk besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk (CRC), dengan kelebaran melebihi 1,300mm yang berasal atau dieksport dari China dan Jepun

ConocoPhillips Beri Tumpuan Pelaburan Di Sabah, Kukuhkan Komitmen Terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Syarikat minyak utama Amerika Syarikat, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia.