8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Rabu susulan kebimbangan peningkatan tarif hasil daripada pertemuan yang dijangkakan berlaku di antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Presiden China Xi Jinping, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan pada jam terakhir dagangan untuk ditutup lebih tinggi sedikit dipacu oleh aktiviti pembelian saham harga rendah dalam saham tenaga dan telekomunikasi pada sesi lewat dagangan, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
SAN FRANCISCO, 4 Jun (Bernama) -- Syarikat pengkomputeran awan, Snowflake yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata ia boleh memainkan peranan penting dalam Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) kerana negara anggota blok itu menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan menjelang akhir tahun ini.
8bulan ago
TELUK INTAN, 4 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk minuman jenama Ameen, Ameen Products Sdn Bhd berjaya menembusi pasaran benua Afrika apabila menerima tempahan pertama untuk mengeksport tujuh perisa produk minuman tersebut ke negara Mali.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki kenaikan semalaman Wall Street kerana sentimen dirangsang oleh dasar tarif Presiden AS Donald Trump mungkin ditarik balik, dilihat sebagai alat rundingan, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sentimen pelabur bertambah baik susulan keputusan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) menghalang sebahagian besar tarif Presiden AS, Donald Trump terhadap import ke negara itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Malaysia giat memacu kemajuan Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan dan mendukung Konsensus Lima Perkara (5PC) Myanmar, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak US$300 bilion daripada aktiviti hijau setahun dan memanfaatkan nilai baharu sehingga US$1.5 trilion menjelang 2030 melalui pemerkasaan pelaburan hijau dan kerjasama rentas sempadan dalam grid tenaga serantau, pasaran karbon dan insentif tenaga bersih. (US$1=RM4.23)
8bulan ago
JAKARTA, 28 Mei (Bernama) -- Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) melantik Izzana Salleh sebagai setiausaha agung baharunya dan Dr Musdhalifah Machmud sebagai timbalan, bermula Jun 2025 hingga Mei 2028.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk mengekalkan kesinambungan dasar dan komited terhadap pembaharuan ekonomi jangka panjang ketika Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) semakin hampir dimuktamadkan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Beberapa negara anggota ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China berhasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam industri halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Shin Yang Group Bhd (Shin Yang), Shin Yang Shipyard Sdn Bhd menerima Surat Hasrat (LOI) daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi pelantikannya sebagai kontraktor kerja-kerja pembinaan kapal peronda luar pesisir (OPV).