BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 0-1 Kuching City FC | 

Terdapat 3197 berita berdasarkan kata kunci carian "bursa"

Kontrak Niaga Hadapan KLCI Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan, menjejaki prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dijangka Mendatar Minggu Depan Susulan Dasar Global, Isyarat Data Baharu

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah dagangan yang agak berwaspada, walaupun harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) melonjak, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi suram di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal, menjejaki kerugian di pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Sentimen Berhati-hati Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.

IPO Polymer Link Terlebih Langgan 48.74 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan kenaikan di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Ditutup Tinggi, Disokong Saham Perbankan, Pengguna

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.