BERITA TERKINI   Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini - PMO | Lebih 12.5 juta rakyat Malaysia manfaatkan SARA untuk Semua dengan perbelanjaan lebih RM1 bilion dalam tiga minggu - PM Anwar | SARA untuk Semua adalah hasil penjimatan yang dicapai melalui penstrukturan semula kewangan negara - PM Anwar | Proses tambah baik RUU Asing Peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya dijangka ambil masa tiga bulan - Fahmi | Jemaah Menteri setuju RUU Hadkan Tempoh Jawatan PM dibentang semula di Parlimen pada Jun - Fahmi | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata peningkatan awal telah berubah disebabkan oleh kebimbangan bahawa ringgit yang lebih kukuh boleh melemahkan permintaan.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,100 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,280 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1260/1300 berbanding dolar AS daripada penutupan pada Rabu iaitu 4.1315/1385.

Pada penutupan, kontrak niaga hadapan MSM bagi Disember 2024 dan Mac 2026 naik RM2 masing-masing kepada RM4,087 dan RM4,172 satu tan manakala Januari 2026 menambah RM1 kepada RM4,125 dan April 2026 melonjak RM3 kepada RM4,181.

Jumlah dagangan meningkat kepada 106,879 lot daripada 57,444 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 265,902 kontrak daripada 263,092 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan turun RM30 pada RM4,080 satu tan.

-- BERNAMA