BERITA TERKINI   Yang di-Pertuan Agong sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal di bahagian belakang serta pinggul - Istana Negara  | Baginda dinasihatkan pakar perubatan supaya berehat, tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan - Istana Negara | Sunway Healthcare, bakal disenaraikan di Pasaran Utama akan meraih RM833.8 juta daripada IPO, harga pada RM1.45 sesaham | Sunway Healthcare, bakal disenaraikan di Pasaran Utama akan meraih RM838.8 juta daripada IPO, harga pada RM1.45 sesaham | Sime Darby Property menetapkan sasaran jualan RM4 bilion, rancang lancar projek bernilai RM4.7 bilion dari segi GDV pada TK2026 - Azmir Merican | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal, menjejaki kerugian di pasaran tunai.

Pada pukul 9.30 pagi ini, kontrak November 2025 turun 16 mata kepada 1,622.0, Disember 2025 merosot 15.5 mata kepada 1,622.5, dan Mac 2026 menguncup 14 mata kepada 1,605.0 dan Jun 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,281 lot dengan kepentingan terbuka mencecah 44,569 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI susut 6.92 mata kepada 1,625.35 selepas 47 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA