BERITA TERKINI   Kelayakan Piala Asia 2027: Laos 0-3 Malaysia | FFC x TMTG : Beberapa sukarelawan Malaysia dikasari termasuk ditendang, ditampar atau dicengkam secara agresif oleh rejim Israel - CEO MyCARE | Perkhidmatan tren LRT antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum alami gangguan bekalan kuasa, kerja baik pulih sedang dijalankan - RapidKL | PKS perlu terima pakai teknologi baru muncul seperti AI, robotik dan automasi, pengkomputeran kuantum, IoT dan Gen-AI untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam rantaian bekalan global - Tengku Zafrul | 

Terdapat 122 berita berdasarkan kata kunci carian " sifar bersih"

PNB Diiktiraf Pelabur Berdaulat Terbaik Malaysia, Duduki Tempat Ke-17 Di Peringkat Global - Global SWF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah diiktiraf sebagai pelabur berdaulat terbaik Malaysia dan menduduki tempat ke-17 di peringkat global dalam Papan Skor GSR (Tadbir Urus, Kemampanan dan Ketahanan) 2025 diterbitkan oleh firma penyelidikan Global SWF berpangkalan di Amerika Syarikat.

Malaysia Kenal Pasti Tiga Bidang Keutamaan Perkukuh Kerjasama Dengan New Zealand - Ahmad Zahid

AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.

Pembaharuan Tarif RP4 Boleh Dorong Perubahan Tingkah Laku, Percepat Peralihan Tenaga - Pakar

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Penstrukturan semula tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) Malaysia boleh menjadi mekanisme berpangaruh untuk mendorong perubahan tingkah laku dan mempercepat agenda rendah karbon negara, kata seorang pakar tenaga.

Bank Islam Lancar IFiRST Untuk Dorong Syarikat Laksana Amalan Lestari

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melancarkan IHSAN Financing for Business Resilience, Sustainability and Green Transition (IFiRST) untuk memperkasakan perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat peringkat pertengahan dalam menerapkan amalan lebih lestari dan berdaya tahan.

TPM Fadillah Ke Uzbekistan Dan Rusia Bagi Perkukuh Hubungan, Tinjau Kerjasama

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.

Energy Asia 2025 Ketengah Kepentingan Minyak Dan Gas Dalam Campuran Tenaga Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.

Prasarana Tumpu Pembangunan Berorientasi Transit Pacu Kehidupan Bandar Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Seiring mobiliti bandar yang semakin tidak mampan di tengah-tengah senario pertambahan penduduk dan pelepasan karbon, mendorong Prasarana Malaysia Bhd menanganinya dengan menumpukan pembangunan berorientasikan transit (TOD) merangkumi ruang kediaman, komersial dan kemudahan sivik yang berhampiran dengan hab pengangkutan awam.

Pakar Penerbangan Sertai Bengkel Kemampanan Penerbangan ASEAN Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 17 Jun (Bernama) -- Seramai 88 pakar penerbangan dari rantau ASEAN dan Eropah menyertai Bengkel ASEAN Mengenai Kelestarian Penerbangan – Penambahbaikan Operasi dan Kecekapan, di sini, bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri penerbangan, termasuk fokus terhadap pengukuran pelepasan karbon dan kecekapan ruang udara.

Petronas Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Demi Agenda Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik langkah rasionalisasi subsidi petrol sambil menegaskan bahawa subsidi itu adalah tidak mampan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Malaysia Mungkin Guna Pakai Tenaga Nuklear Bagi Percepat Sasaran Sifar Bersih 2050

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu melihat semula keseluruhan segitiga tenaga, termasuk kemungkinan mengguna pakai tenaga nuklear bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

OPEC Akan Terus Melabur Dalam Bahan Api Fosil Walaupun Terdapat Inisiatif Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.

Harga Minyak Global Melonjak Berikutan Konflik di Kawasan Selat Hormuz - Petronas

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Harga minyak global melonjak berikutan jangkaan berlaku kejutan bekalan akibat konflik yang semakin memuncak di sekitar kawasan Selat Hormuz, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).