4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga penanda aras minyak mentah yang lebih rendah susulan pengurangan tekanan bekalan, kata seorang peniaga.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 20 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA), peneraju hartanah dan pengurusan aset, melancarkan projek perumahan terbaharu, Residensi Mutiara yang menerapkan ciri-ciri pembangunan lestari.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Logam berharga seperti emas dan perak tetap memainkan peranan penting sebagai salah satu instrumen strategi pelaburan dalam lindung nilai ekonomi yang tidak menentu meskipun korelasi songsang antara mata wang dan pergerakan emas telah berubah terutamanya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malayan Flour Mills Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 28.4 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac 2026, dengan pendapatan naik kepada RM42.5 juta daripada RM33.1 juta pada suku tahun sama tahun lepas.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng.
5hari ago
KUALA LUMPUR,19 Mei (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd hari ini telah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk cadangan penggabungan lima saham kepada satu pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kumpulan itu, dijangka disempurnakan pada awal Jun 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Struktur pembiayaan perumahan Malaysia mungkin memerlukan pendekatan yang lebih mampan memandangkan tempoh matang pinjaman perumahan yang lebih panjang semakin memberikan tekanan kewangan kepada isi rumah berpendapatan sederhana.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila peserta pasaran menunggu perkembangan lanjut berkaitan dengan rundingan Asia Barat antara AS dan Iran.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Malaysia mengharungi krisis minyak semasa dalam kedudukan yang kukuh, dengan unjuran pertumbuhan ekonominya dikekalkan pada 4.5 peratus bagi 2026, menurut Standard Chartered Bank (SCB) hari ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Impak krisis bekalan global dijangka lebih ketara pada suku ketiga tahun ini, khususnya terhadap kestabilan harga, kos operasi industri dan pasaran buruh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir.