BERITA TERKINI   PM Modi amat berbesar hati jadi pemimpin asing pertama kunjungi Malaysia tahun ini menjelang kemeriahan musim perayaan | Hubungan antara Malaysia, India mencapai tahap baharu - PM Anwar | Kerajaan terbuka terima kritikan, perlu sokong usaha bersihkan negara daripada rasuah - PM Anwar  | 

Terdapat 659 berita berdasarkan kata kunci carian " ihh"

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.15 peratus berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih, walaupun prestasi pasaran utama serantau mencatat sentimen lebih baik, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut sedikit pada sesi dagangan awal Selasa susulan sentimen berhati-hati dalam kalangan pelabur masih ketara walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.

Aktiviti Buru Saham Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun daripada penurunan awal dan ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah selain minat berterusan pelabur susulan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur menjadi lebih berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur, Indeks Komposit Naik Sedikit

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Tiada Pemangkin Baharu, Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam situasi kekurangan sentimen pasaran yang positif, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.

Bursa Malaysia Hampir Mendatar Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal hampir mendatar pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu namun mengalami penurunan selepas itu, menjejaki prestasi lemah semalaman Wall Street.