BERITA TERKINI   PPP kini diiktiraf sebagai sebuah parti komponen BN - Ahmad Zahid | 

Terdapat 631 berita berdasarkan kata kunci carian "nem"

New Energy Asia Bakal Pacu Infrastruktur Pengecasan EV Di Malaysia - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd. (HFC) China boleh mempercepat pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

SC Gantung Chengco, Sekat Auditor

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung pendaftaran Chengco PLT (CCO) selama dua tahun disebabkan oleh isu-isu kualiti audit yang serius, berkuatkuasa hari ini.

Peluasan SST Ke Atas Buah-buahan Import Lonjak Industri Nanas Tempatan

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara. 

Zurich Lancar Takaful ProAspire Tawar Gabungan Perlindungan Dan Simpanan

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Zurich Takaful Malaysia Berhad hari ini melancarkan Takaful ProAspire, pelan takaful keluarga yang menawarkan gabungan perlindungan dan simpanan bagi membolehkan peserta menerima pulangan tunai setiap tahun atau setiap tiga tahun sekali.

Insiden Putra Heights Tingkat Kesedaran, Pertumbuhan Insurans – Liberty CEO

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) – Industri insurans am Malaysia dijangka terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang berikutan kesedaran yang lebih tinggi terhadap kepentingan perlindungan insurans selepas insiden letupan gas di Putra Heights. 

Petronas Perkenal Program Sokongan Kepada Kakitangan Terjejas Susulan Pengurangan Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.

Ekspo Taiwan 2025 Perkenal Lima Produk Inovatif

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Lima produk inovatif dalam segmen kesihatan dan kesejahteraan, kehidupan pintar serta penyelesaian inovatif akan dilancarkan semasa Ekspo Taiwan yang akan diadakan mulai 23 hingga 25 ​​Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

ATLAS By Bank Muamalat: Bank Digital Islamik Pertama Malaysia Berteraskan Keimanan

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan ATLAS by Bank Muamalat, bank digital Islamik pertama di Malaysia, yang berteraskan keimanan dan selaras dengan gaya hidup terkini. 

Petronas Kekal Beroperasi Di Kanada, Kata CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan keluar dari Kanada.

Malaysia Berhasrat Jalin Kerjasama Dengan Wilayah Anhui Dalam Ekonomi Digital, Teknologi Hijau, Minyak Sawit

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

HUANGSHAN, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan Wilayah Anhui, China dalam sektor ekonomi digital, teknologi hijau dan minyak sawit di bawah rangka kerja Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk memperluas kerjasama serantau yang berorientasikan masa depan.

SC Beri Amaran Kepada Pihak Awam Mengenai Penipuan Klon Daftar Awam

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai mengenai penipuan pelaburan baharu melibatkan versi klon Daftar Awam Pemegang Lesen dan Individu Berdaftar SC.

Jepun, Malaysia Sedia Cipta Ekosistem Angkasa Lestari Bersama Bagi Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Jepun dan Malaysia bersedia untuk bersama-sama mencipta ekosistem ruang angkasa yang lestari dan berdaya komersial.