4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemfailan paten di ASEAN melonjak sebanyak 70 peratus sepanjang dekad lepas, menunjukkan pertumbuhan pesat harta intelek (IP) di rantau ini didorong oleh peningkatan inovasi dalam kalangan negara anggota.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar US pada hari Rabu apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) merosot selepas data ekonomi AS yang lemah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holding Bhd (CBHB), CBH Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM31.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk stesen pendaratan pengguna (CLS) 132 kilovolt (kV) di sebuah pusat data yang dicadangkan di Johor.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh jangkaan penurunan kadar faedah selanjutnya oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini melancarkan Program Intensive IP Valuer and Examination 2025 bagi melahirkan penilai harta intelek (IP Valuer) bertauliah yang berkeupayaan menilai potensi komersial secara profesional dan bertaraf antarabangsa.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) --Anak syarikat milik penuh Kelington Group Bhd (KGB), Kelington Engineering (S) Pte Ltd (KESG), memperoleh kontrak bernilai kira-kira RM108 juta bagi kerja-kerja berkaitan dengan projek kilang pembungkusan canggih di Singapura.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- SP Setia Bhd melantik Tan Hwa Min sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 17 Nov, dan Datuk Yuslina Mohd Yunus sebagai ketua pegawai operasi (COO) berkuat kuasa 1 Okt, berikutan pelantikan Datuk Zaini Yusoff sebagai presiden merangkap CEO berkuat kuasa 1 Okt.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd hari ini mengumumkan langkah-langkah bantuan kewangan yang mengutamakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas di samping sokongan untuk pelanggan individu di kawasan bencana banjir seluruh negara.
4bulan ago
Daripada Rohani Mohd Ibrahim
NANNING (China), 17 Sept (Bernama) -- Firma China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co. Ltd (Beibu Gulf Port Group) menyasarkan untuk meningkatkan lagi pelaburannya di Malaysia berikutan kejayaan usaha itu di Kuantan pada 2013.