BERITA TERKINI   PM Anwar akan mengadakan lawatan rasmi ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya dari 18-24 Nov ini - PMO | GRS menetapkan sasaran kutipan hasil negeri mencecah RM10 bilion menjelang 2030 - Armizan | Hasil Sabah melonjak kepada RM6.87 bilion pada tahun 2024 berbanding RM3.59 bilion pada 2020 di bawah pentadbiran kerajaan GRS - Armizan | PRN : GRS berikrar tubuh Sabah Sovereign Wealth Fund tahun depan jika diberi mandat - Armizan | Manifesto GRS dipacu empat rukun utama dan 16 strategi, tawar agenda pembangunan menyeluruh - Hajiji | 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$122.8 Bilion Pada 12 Sept

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.

Dalam kenyataan pada Selasa, bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$109.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM628.30 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing, dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM519.33 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.68 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM59.61 billion).

Menurut BNM modal dan liabiliti berjumlah RM628.38 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM200.69 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM108.42 bilion) , deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM30.46 bilion), deposit lain-lain (RM75.23 bilion), Kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.57 bilion).

-- BERNAMA