Terdapat 3185 berita berdasarkan kata kunci carian " rendah"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) mengenai kadar faedahnya lewat malam ini.

Indeks Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Pasaran Meluas Positif Menjelang Pengumuman Fed

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatatkan momentum meningkat pada Rabu didorong oleh petunjuk positif daripada niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Sentimen Lemah Serantau

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut pada sesi pagi berikutan pelabur mengambil keuntungan menjelang pengumuman keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) lewat hari ini, seiring prestasi serantau yang hambar.

Pertumbuhan Malaysia 2026 Diunjur Kukuh Pada 4.5 Peratus, Dipacu Permintaan Domestik

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Keputusan Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah.

Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Rabu.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS Didorong Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Oleh Fed

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan tumpuan pelabur beralih kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat selama dua hari berakhir malam ini.

Pengeluaran SAF Cecah 1.9 Juta Tan Pada 2025 Tetapi Lemah Tahun Hadapan - IATA

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) global dijangka mencapai 1.9 juta tan atau bersamaan 2.4 bilion liter tahun ini, dua kali ganda berbanding satu tan yang dihasilkan pada 2024, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).  

Anak Syarikat Southern Score Raih Subkontrak Pusat Data Bernilai RM87.8 Juta

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd mengumumkan anak syarikat milik 51 peratusnya, SJEE Engineering Sdn Bhd, hari ini menerima surat anugerah (LoA) daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja subkontrak bagi projek pusat data bernilai RM87.8 juta.

Sentimen Berhati-hati Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa dengan pasaran mengambil pendirian berhati-hati berikutan bermulanya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Ringgit Kekal Stabil Berbanding Dolar AS Ketika FOMC Mula Mesyuarat Dua Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit terus kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini memulakan mesyuarat selama dua harinya.