BERITA TERKINI   Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei raih gelaran Masters Indonesia 2026 | Masters Indonesia: Beregu wanita utama negara Pearly-Thinaah muncul juara selepas Igarashi-Takahashi tarik diri dari final - BAM | APG 2025: Malaysia capai sasaran 181 pingat menerusi sukan tenis kerusi roda | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini - Pengerusi | Ahmad Zahid harap parti teras BN terus bersama dan diperkukuh termasuk MIC | 

Sentimen Berhati-hati Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa dengan pasaran mengambil pendirian berhati-hati berikutan bermulanya mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 turun kepada US$4,221.80 setiap auns troy daripada US$4,226.10, Januari 2026 merosot kepada US$4,237.00 setiap auns troy daripada US$4,241.60, Februari 2026 susut kepada US$4,252.80 setiap auns troy daripada US$4,257.60, manakala Mac 2026 berkurangan kepada US$4,269.50 setiap auns troy daripada US$4,274.30 sebelum ini.

Kontrak April dan Jun 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$4,287.50 setiap auns troy daripada US$4,291.50 setiap auns troy pada Isnin.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14 lot daripada satu lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 76 kontrak daripada 63 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$4,215.96 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 8 Disember, 2025. 

-- BERNAMA