BERITA TERKINI   Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur terus mencatatkan momentum meningkat pada Rabu didorong oleh petunjuk positif daripada niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad berikutan cuaca buruk di Thailand turut menjejaskan sentimen.

“Bagaimanapun, kenaikan ini diimbangi oleh petunjuk kurang menggalakkan daripada data ekonomi China yang lemah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi keempat berturut-turut pada Rabu, didorong oleh yen yang rendah dan kebimbangan mengenai bekalan yang berterusan di negara-negara pengeluar utama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 melonjak 12 sen kepada 730.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik satu sen kepada 577.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA