Niaga Hadapan KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Rabu.
Pada 9.33 pagi, kontrak Disember 2025 merosot lima mata kepada 1,606.0, Januari 2026 berkurangan empat mata kepada 1,610.0, Mac 2026 menurun 4.5 mata kepada 1,593.0 manakala Jun 2026 naik dua mata kepada 1,603.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,068 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,675 kontrak.
Petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 7.47 mata selepas 37 minit dagangan kepada 1,606.70 daripada 1,614.17 semasa ditutup semalam.
-- BERNAMA