BERITA TERKINI   Kes tikam pelajar: MCMC gesa semua pihak tidak berkongsi, muat naik gambar atau video memaparkan mangsa dan lokasi kejadian | Mesyuarat Jemaah Menteri akan bincang langkah tegas tangani isu keselamatan pelajar, termasuk pengaruh media sosial - PM Anwar | PM Anwar pertahan pelaburan Khazanah sebanyak RM600 juta baik pulih Carcosa Seri Negara, sifatkan ia pamer kepentingan sejarah | 

Terdapat 38 berita berdasarkan kata kunci carian "indeks pengeluaran perindustrian"

Pertumbuhan Ekonomi Sederhana 4.3 Peratus Berikutan Tekanan Tarif, IPP Perlahan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- CIMB Investment Bank Bhd menjangkakan pertumbuhan Malaysia yang sederhana kepada 4.3 peratus tahun ke tahun (y-o-y), selaras dengan kenaikan tarif dan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih perlahan, menunjukkan potensi kelembapan pada suku kedua 2025 (S2 2025).

MIDF Amanah Jangka Pertumbuhan Pembuatan Mampan Walaupun Berdepan Risiko Tarif

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangka sektor pembuatan Malaysia mengekalkan momentum pemulihannya, didorong oleh pengeluaran perkilangan yang meningkat dan permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun cabaran luaran terus menjadi kebimbangan.

BNM, Kerajaan Laksanakan Inisiatif 'Reset' Tangani Peningkatan Inflasi Perubatan

KUALA LUMPUR, 17 Jun(Bernama) --Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.

Pertumbuhan IPI Malaysia Pada April Mencerminkan Permintaan, Industri Yang Kukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi.

IPI Malaysia Diunjur Sederhana Sebanyak 2.0 Peratus Pada 2025 - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia yang berkembang pada kadar perlahan 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, dijangka berkembang sederhana sebanyak 2.0 peratus pada 2025, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).

Ringgit Naik, Dolar AS Hambar Meskipun Wujud Keyakinan Baharu Terhadap Rundingan Perdagangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran dolar AS mengalami prestasi hambar, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.1 peratus kepada 99.0 mata, walaupun wujud keyakinan baharu terhadap kemungkinan hasil positif daripada rundingan perdagangan AS-China.

IPP Malaysia Naik 2.7 Peratus Pada April Disokong Oleh Sektor Pembuatan - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi April 2025 merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan Capai 81.8 Peratus Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kapasiti penggunaan industri pembuatan Malaysia mencapai 81.8 peratus pada suku pertama 2025, meningkat sebanyak 1.0 mata peratus daripada 80.8 peratus berbanding suku sama pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Isu Berkaitan China, Tarif Beri Impak Ke Atas Momentum Ekonomi Malaysia

Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.

IPP Malaysia Berkembang 3.2 Peratus Pada Mac 2025

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 1.5 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Naik Kepada 2.1 Peratus Pada Januari 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) meningkat kepada 2.1 peratus tahun ke tahun, dipacu pertumbuhan output sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).