30hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Bursa Malaysia menyusut dalam dagangan awal hari ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan notis penilaian cukai tambahan yang dikeluarkan kepada syarikat itu bagi tahun taksiran 2018.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke Pusat Data 2.0 adalah langkah penting dalam membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan sektor digital negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman semakan semula jadual tarif bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia kekal mendatar setakat tengah hari Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan, terutamanya membabitkan saham-saham perladangan dan tenaga, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, berikutan penurunan di keseluruhan pasaran diimbangi peningkatan di beberapa kaunter wajaran tinggi, sekali gus mendorong indeks penanda aras itu meningkat sedikit.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah berikutan pasaran kebanyakannya rendah minggu lepas, didorong oleh sentimen perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berhati-hati dan kekurangan data ekonomi yang positif daripada kedua-dua negara tersebut.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, didorong oleh jualan di kaunter wajaran tinggi utiliti, produk pengguna dan perkhidmatan berikutan sentimen berhati-hati yang berpanjangan berkaitan tarif perdagangan global.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di persekitaran prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan penjualan Wall Street semalaman.