BERITA TERKINI   Kira-kira 60 peratus kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori di Taman Kota Puteri musnah terbakar, tiada mangsa terlibat - Bomba Johor | Malaysia akan perluas pasaran minyak sawit ke negara yang belum pernah jadi pembeli - Johari | Pemeriksaan kesihatan sebahagian komitmen PM untuk pastikan beliau kekal cergas terajui pentadbiran negara - Pengarah Hospital Serdang | PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kesihatan berada dalam keadaan sangat baik - Pengarah Hospital Serdang | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Labuan sehingga 5 petang ini - MetMalaysia | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini kerana pembelian semasa harga murah telah diimbangi oleh sentimen berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global yang berterusan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.34 mata kepada 1,526.16 daripada 1,526.16 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka tinggi 3.98 mata kepada 1,530.14 dan bergerak antara 1,524.04 hingga 1,532.80 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 418 berbanding 349 manakala 468 kaunter tidak berubah, 1,161 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.49 bilion saham bernilai RM931.68 juta.

Hong Leong Investment Bank Bhd berkata ia menjangkakan FBM KLCI akan kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat kerana sentimen pelabur kekal berhati-hati kerana pendapatan korporat dijadual dikeluarkan minggu ini dan aliran keluar bersih asing yang berterusan.

“Kebimbangan terhadap kelembapan global disebabkan tarif terus menjejaskan keyakinan pasaran, menimbulkan risiko kepada momentum ekonomi dan pendapatan korporat Malaysia,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, risiko penurunan mungkin dapat dikurangkan oleh kenyataan positif daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengenai potensi prospek perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Malaysia dan peluang kerjasama strategik dengan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk dan China, katanya.

Bank pelaburan itu berkata paras sokongan mingguan utama dijangka antara 1,500 dan 1,519, manakala paras rintangan diunjurkan dalam julat 1,550-1,570.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan IHH Healthcare tidak berubah masing-masing pada RM9.85, RM6.90 dan RM6.90, Public Bank jatuh tiga sen kepada RM4.35 manakala Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.10.

Bagi saham aktif, Permaju merosot 0.5 sen kepada 1.5 sen, Sapura Energy tidak berubah pada empat sen manakala Velesto, Tanco dan Magma menambah satu sen masing-masing kepada 17.5 sen, RM1.02 dan 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.64 mata kepada 11,402.70, Indeks FBMT 100 menokok 7.97 mata kepada 11,168.34, bagaimanapun Indeks FBM ACE turun 20.16 mata kepada 4,553.44.

Indeks FBM Emas Shariah pula meningkat 13.46 mata kepada 11,367.58 dan Indeks FBM 70 menokok 33.50 mata kepada 16,256.81.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 38.18 mata kepada 18,010.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.78 mata kepada 152.66, Indeks Tenaga melonjak 3.89 mata kepada 702.55 manakala Indeks Perladangan susut 75.63 mata kepada 7,301.01.

-- BERNAMA