Terdapat 5757 berita berdasarkan kata kunci carian "ekonomi"

Kedudukan Makroekonomi Malaysia Lebih Kukuh Hadapi Kejutan Berbanding Era Pandemik 

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit Malaysia yang lebih kukuh membantu mengurangkan kesan kenaikan harga import global, walaupun paras liputan import negara telah menurun berbanding paras prapandemik COVID-19, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.

Petronas Iktiraf Peranan Penting Sabah Dalam Sektor OGSE Malaysia

KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf peranan Sabah yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama yang lebih luas untuk memperkukuh sumbangan negeri kepada jaminan tenaga dan pembangunan ekonomi negara.

FED Kekalkan Kadar Dasar Tidak Berubah, Berada Dalam Mod Tunggu Dan Lihat - HLIB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dasar monetari pada 3.50 hingga 3.75 peratus dalam mesyuarat kali keduanya berturut-turut, menandakan ia kekal dalam mod tunggu dan lihat, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Ringgit Meningkat Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen global yang bersikap berhati-hati terus memberi kesan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Ringgit Terus Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Harga Minyak Mentah Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan hari ini apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan harga minyak mentah yang rendah selepas langkah pelepasan Rizab Petroleum Strategik (SPR).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Peningkatan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, seiring prestasi positif pasaran serantau serta disokong oleh penyenaraian kukuh Sunway Healthcare Bhd.

Subsidi Bersasar Malaysia Dijangka Kurangkan Tekanan Inflasi Susulan Konflik Asia Barat -- MARC

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Inflasi utama Malaysia dijangka kekal terkawal, disokong oleh subsidi bersasar kerajaan, di tengah-tengah konflik Asia Barat, kata Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).

MBSB IB: Kenaikan Harga Minyak Beri Tekanan Kepada Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia berpotensi berdepan penurunan sederhana sekiranya harga minyak kekal tinggi, berikutan peningkatan kos bahan api yang mendorong kenaikan kos pengangkutan serta kos pembinaan, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Pelaburan Digital MDEC Cecah RM87.4 Bilion Pada 2025, Dipacu Perkembangan AI

PUTRAJAYA, 18 Mac (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) meraih pelaburan digital diluluskan berjumlah RM87.4 bilion pada 2025, didorong terutamanya oleh pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI), data raya, pusat data dan perkhidmatan awan.

Peraturan Sewa Beli Baharu Manfaatkan Peminjam, Impak Minimum Kepada Bank

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Pengenalan pindaan utama kepada amalan pembiayaan sewa beli di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA) adalah langkah penting untuk meningkatkan perlindungan kepada peminjam terutama bagi mereka yang ingin menjual kenderaan sebelum kontrak pembiayaan matang.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Berpotensi Terus Catat Kenaikan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pagi ini susulan kedudukan pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan kesediaan untuk mengambil risiko yang lebih baik.