3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Novan Amirudin akan memegang jawatan sebagai pemangku CEO Pasaran Pertumbuhan di CIMB Singapura berikutan peletakan jawatan Victor Lee Meng Teck.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) – Petronas Gas Bhd (PGB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk memperkenalkan peraturan baharu di bawah Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501), Akta Bekalan Elektrik 1990 dan undang-undang lain bagi meningkatkan keselamatan serta pengawasan di sekitar rangkaian saluran paipnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd kekal yakin dapat mencapai sasaran kewangan bagi setahun penuh 2025 berpandukan pulangan atas ekuiti (ROE) antara 11 hingga 11.5 peratus.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh semua inisiatif negeri yang selari dengan aspirasi nasional dan memberi ruang yang kondusif untuk pelaksanaannya di bawah payung Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
4bulan ago
SUBANG JAYA, 28 Julai (Bernama) -- Seramai 10,000 jurutera tempatan dijangka mendapat latihan dalam bidang semikonduktor melalui program latihan oleh syarikat reka bentuk semikonduktor dari United Kingdom, Arm dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
5bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya baru-baru ini dengan mengambil beberapa langkah strategik bagi terus memacu transformasi digital dan pertumbuhan keusahawanan di Selangor.
5bulan ago
SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) -- Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) hari ini memeterai memoranda persefahaman (MOU) dengan tiga rakan strategik bagi pembangunan Taman Edu-Tek dan Hab Sekuriti Makanan di Pulau Carey, Kuala Langat.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyasarkan untuk mempercepat pelaburannya dalam latihan dan pembangunan tenaga kerjanya, dengan komitmen lebih RM100 juta pada 2025 yang menumpukan kepada kemahiran dalam teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), data dan kemampanan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Forum Pembangunan Komuniti Perniagaan ASEAN (ABCD) yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada 7 Ogos, 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dijangka menarik sehingga 500 peserta dari 10 negara ASEAN tahun ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan komitmen RM200 juta selama lima tahun sehingga 2030 di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti” (KBJK) dalam usaha memajukan pelanggan dan masyarakat.
5bulan ago
SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Aircraft Propeller Service (APS), peneraju global dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kipas pesawat, hari ini membuka kemudahan baharunya di Shah Alam, Selangor, menandakan pusat MRO pertamanya di Asia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 20 Julai 2025.