18jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Comex AS di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.
18jam ago
SEREMBAN, 26 Jan (Bernama) -- Negeri Sembilan berpotensi muncul sebagai antara hab utama data dan teknologi di Malaysia susulan pembangunan Kampus Pusat Data Hijau Nexus Yang di Taman Perindustrian NS Semiconductor Valley (NSSV) di sini.
19jam ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun, disokong oleh minat belian kukuh terhadap saham mewah daripada pelabur institusi tempatan dan asing, kata seorang penganalisis.
19jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco-Shop Marketing Bhd (Eco-Shop) meningkat kepada RM61.89 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2025 (S2 TK2026) daripada RM53.60 juta, mewakili kenaikan sebanyak 15.5 peratus tahun ke tahun.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Malton Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Benling Vehicle Technology Co Ltd (BENLG) dari China untuk menerokai penubuhan kilang pemasangan tempatan dan sistem pengedaran motosikal elektrik di Malaysia.
20jam ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.
22jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas Malaysia berada di landasan untuk melepasi RM700 segram pada masa hadapan berikutan pengukuhan ringgit dan dolar US yang semakin melemah, menurut seorang penganalisis.
23jam ago
GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) termasuk penentuan zonnya, namun perbincangan di peringkat tertinggi bersama pihak kawal selia masih diteruskan.
23jam ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter kewangan dalam prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia “kekal menggalakkan,” disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti, pertumbuhan memberangsangkan, lebihan perdagangan meluas dan komitmen yang jelas terhadap pengukuhan fiskal, kata OCBC Group Research.