BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | 

Malton Teroka Sektor Motosikal Elektrik Melalui Perkongsian Dengan Dongguan Benling

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Malton Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Benling Vehicle Technology Co Ltd (BENLG) dari China untuk menerokai penubuhan kilang pemasangan tempatan dan sistem pengedaran motosikal elektrik di Malaysia.

Pemaju hartanah itu berkata kerjasama tersebut menandakan pengembangan syarikat itu ke dalam ruang mobiliti mesra alam bagi memanfaatkan peralihan pesat dalam landskap pengangkutan bandar Malaysia.

"Melalui kerjasama ini, BENLG sedang berusaha untuk mewujudkan hab pemasangan di Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran motosikal elektrik ASEAN yang lebih luas. Malton, sebaliknya, sedang meneroka usaha ini sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian berterusannya ke dalam industri sedia masa hadapan, terutamanya yang sejajar dengan dasar pembangunan negara dalam perindustrian, elektrifikasi, dan pengangkutan mampan," katanya melalui satu kenyataan.

Malton berkata di bawah terma MoU yang bertempoh selama sembilan bulan itu, kedua-dua pihak akan memulakan kajian kemungkinan bersama untuk menentukan daya maju komersial kemudahan pemasangan tempatan. "Proses ini akan melibatkan analisis menyeluruh permintaan pasaran di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang lebih meluas, di samping pengenalpastian tapak industri strategik yang sesuai bagi pemasangan motosikal EV untuk kegunaan domestik dan eksport," katanya lagi.

-- BERNAMA