BERITA TERKINI   JKDM perlu terus perbaiki keupayaan dan integriti pastikan kedudukan negara kekal kukuh, capai kutipan hasil lebih memberangsangkan -- PM Anwar | 88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | 

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Baharu Pada 3.9665 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018. 

Awal hari ini, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu mempunyai potensi untuk terus meningkat, dengan menyatakan purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari tempoh 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira 3.82 berbanding dolar AS.

"Ini disokong oleh tinjauan positif terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini," katanya.

 -- BERNAMA