9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lebih 120 syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia menyertai pameran Gulfood 2026 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 26-30 Jan.
9hari ago
SHAH ALAM, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Selangor mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM3.021 bilion pada 2025, sekali gus merekodkan peningkatan konsisten selama lima tahun berturut-turut, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
9hari ago
GEORGE TOWN, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC) termasuk penentuan zonnya, namun perbincangan di peringkat tertinggi bersama pihak kawal selia masih diteruskan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia terus mencatatkan kenaikan pada tengah hari ini berikutan minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter kewangan dalam prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata penganalisis.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia “kekal menggalakkan,” disokong oleh aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berkualiti, pertumbuhan memberangsangkan, lebihan perdagangan meluas dan komitmen yang jelas terhadap pengukuhan fiskal, kata OCBC Group Research.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL) memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk cadangan penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut pada minggu lepas dengan aliran masuk asing bersih sebanyak RM510 juta, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB).
9hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Digital sedang membangunkan Indeks Keterangkuman Digital Malaysia (MyIKD) dalam usaha memperkukuhkan lagi perancangan dan pemantauan keterangkuman digital secara lebih menyeluruh.
9hari ago
PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa syukur terhadap prestasi ringgit yang terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Richmond Asia Group Sdn Bhd melantik Frasers Hospitality sebagai syarikat pengurusan hotel bagi suite hotel di Richmond Mayor, sebuah pembangunan bercampur baharu dan bersepadu di Johor Bahru.
10hari ago
JOHOR BAHRU, 25 Jan (Bernama) -- Syarikat global dalam pengeluaran bahan api mampan dan rendah karbon, EcoCeres Renewable Fuels yang membuat pelaburan di Tanjung Langsat, Pasir Gudang bakal meletakkan Johor dalam rantaian bekalan global bahan api masa hadapan.