8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global dijangka kekal stabil pada tahun ini walaupun berdepan ketidaktentuan susulan risiko geopolitik yang ketara, ketiadaan aktiviti penghantaran awal serta peralihan dinamik inflasi di serata negara utama ekonomi.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) telah melantik Zaida Khalida Shaari dan Rohan Krishnalingam sebagai pengarah bukan eksekutif bebas baharunya, masing-masing berkuat kuasa 1 Jan serta 20 Jan 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Pasaran automotif Malaysia berjaya mengekalkan momentum kukuhnya pada 2025, melangkaui nilai ambang 800,000 unit untuk tahun kedua berturut-turut dengan jualan keseluruhan industri (TIV) meningkat 0.5 peratus kepada 820,752 daripada 816,747 unit, tahun lepas.
8hari ago
LABUAN, 20 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan dua anggota lembaga baharu serta pelantikan semula empat anggota sedia ada bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 15 Jan, 2026 hingga 14 Jan, 2028.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Syarikat penjenamaan dan pemasaran SBS Nexus Bhd mula disenaraikan tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- AHAM Asset Management Bhd (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM1.39 bilion bagi tahun kewangan 2025 merangkumi 84 dana borong dan runcit.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.0-4.20 berbanding dolar AS tahun ini, disokong oleh struktur akaun luaran Malaysia yang bertambah baik walaupun peningkatannya masih dikekang oleh aliran keluar portfolio global dan dolar yang lebih kukuh.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kerajaan mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengumumkan jumlah perdagangan Malaysia bagi tahun 2025 yang tertinggi dalam sejarah hari ini, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting ekonomi negara.
9hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kelembapan dalam pasaran minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut seorang peniaga.