BERITA TERKINI   Sekatan sementara terhadap Grok hanya akan ditarik semula jika isu kandungan mudarat diselesaikan sepenuhnya - Fahmi | Sekurang-kurangnya tiga rentung dalam kebakaran sebuah kilang pemprosesan minyak di Olak Lempit, Banting - Bomba | 

Terdapat 3235 berita berdasarkan kata kunci carian " dagangan"

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu.

Aktiviti Pengambilan Untung Asak FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Penanda aras Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), dibuka rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti dagangan lazimnya lebih perlahan pada minggu cuti.

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun Berbanding Dolar AS Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Niaga Hadapan MSM Melonjak Susulan Permintaan Eksport Yang Kukuh

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives terus melonjak untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas dirangsang oleh jangkaan permintaan minyak sawit yang lebih kukuh, menurut seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang meningkatkan keyakinan pelabur terhadap logam berharga ini sebagai komoditi selamat.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Awal Mac 2021

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ringgit mencecah paras 4.0615 hari ini berbanding dolar AS, paras tertingginya sejak awal Mac 2021, apabila jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan terhadap dolar AS.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Sesi Keempat Berturut-turut Susulan Belian Pelabur Institusi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Ditutup Sempena Cuti Krismas, Tahun Baharu

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring dengan niaga hadapan serantau yang tidak menentu dalam persekitaran harga minyak mentah yang rendah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah, dipengaruhi oleh penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen pasaran serantau yang memberangsangkan.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Selasa.