Bursa Malaysia Ditutup Sempena Cuti Krismas, Tahun Baharu
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2025, sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2026, bagi cuti Tahun Baharu.
Bursa Malaysia menerusi satu kenyataan hari ini berkata operasinya akan disambung semula pada hari berikutnya selepas setiap cuti umum itu.
Bagaimanapun, katanya, dagangan pasaran utama Bursa Gold Dinar (BGD) dan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) akan kekal dibuka sepanjang cuti umum tersebut.
-- BERNAMA