BERITA TERKINI   Maybank mengalami gangguan perkhidmatan perbankan yang perlahan melibatkan perkhidmatan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan, pembayaran bil dan transaksi berkaitan. | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.58 pagi, kontrak Disember 2025 meningkat lima mata kepada 1,678.5, Januari naik 4.5 mata kepada 1,683.50, Mac 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,669.0, manakala Jun 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,674.5.

Jumlah dagangan mencecah 5,857 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 44,567 kontrak.

Pada 10.15 pagi, penanda aras FBM KLCI susut 1.54 mata kepada 1,675.10 berbanding paras 1,676.64 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA