19hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran beralih kepada mata wang selamat dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik yang meningkat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Venezuela pada akhir minggu lepas, kata penganalisis.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing berstatus penjual bersih ekuiti Asia bagi minggu berakhir pada 2 Jan, 2026, dengan melepaskan pegangan bernilai US$1.05 bilion (US$1=RM4.06) merentasi lapan pasaran yang ditinjau oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kesediaan untuk mengambil risiko pada peringkat global menjadi lebih berhati-hati, mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan positif pada minggu depan, menjejaki keuntungan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).
22hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu hadapan berikutan sikap berhati-hati di tengah-tengah peningkatan paras stok.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh berbanding dolar AS minggu depan, disokong oleh perbezaan kadar faedah yang menguntungkan serta asas ekonomi domestik yang kukuh.
22hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan pertama 2026 selepas terjejas oleh kebimbangan terhadap permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada awal dagangan 2026, menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula dari hari terakhir 2025 untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada hari dagangan pertama 2026, disokong oleh sentimen positif hasil pengumuman data ekonomi domestik yang memberangsangkan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 pada 4.8 peratus dan mengunjurkan sederhana kepada 4.2 peratus pada 2026, disokong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang stabil.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi pagi hari dagangan pertama 2026, ditekan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih susulan kenaikan sebelum ini selain kekurangan pemangkin baharu.