BERITA TERKINI   Rapid Bus akan terima 250 bas elektrik termasuk 75 Rapid Penang dijangka tiba Mac ini - Loke | Bomba sahkan letupan akibat kebocoran gas penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, dua kakitangan cedera. | Perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasi kerana perlu selesai beberapa aspek teknikal, keselamatan - Loke | Prasarana Malaysia Berhad akan tambah 170 van bagi perluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand - Loke | Kontraktor LRT Pulau Pinang diarah laksana pelan mitigasi trafik secara berterusan bagi kurangkan kesan kesesakan jalan raya - Loke | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Kukuh Pada Awal Dagangan 2026

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada awal dagangan 2026, menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,401.8 setiap auns troy daripada US$4,348.2 sebelumnya. Februari 2026 menokok kepada US$4,417.3 daripada US$4,363.7, manakala Mac 2026 menambah kepada US$4,433.9 daripada US$4,380.4.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga meningkat sedikit, ditutup pada US$4,451.9 setiap auns troy berbanding US$4,398.4 sebelumnya. 

Jumlah dagangan mengukuh kepada 104 lot daripada 56 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 151 kontrak daripada 90. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 30 Dis, 2025, harga emas fizikal berada pada US$4,367.8 setiap auns troy. 

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Khamis sempena cuti Tahun Baharu. 

-- BERNAMA