BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 3741 berita berdasarkan kata kunci carian " global"

AirAsia X Dinamakan Semula Sebagai AirAsia Pada 19 Januari - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Kewangan Islam Berpotensi Sediakan Penyelesaian Untuk Keterangkuman, Perubahan Iklim - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kewangan Islam telah menunjukkan potensinya untuk menyediakan penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran berkaitan rangkuman dan perubahan iklim, kata Bank Dunia hari ini,

Pelaburan Rendah Karbon Diperlukan Bagi Negara Anggota OIC Adalah Purata Sebanyak 1.4 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.

MPOB Perkenal Harga Rujukan Rasmi Minyak Masak Terpakai Pada Suku Pertama 2026 -- Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memperkenalkan harga rujukan rasmi minyak masak terpakai (UCO) pada suku pertama 2026 dalam usaha termasuk mengelak berlakunya manipulasi harga.

Affin Hwang IB, CBOE Jalin Kerjasama Perkenal VIX® Futures Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) - Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan Cboe Global Markets Inc untuk memperkenalkan VIX® Futures kepada pelabur tempatan.

Jangkaan Pertumbuhan Output Lemah Pacu Niaga Hadapan MSM Ditutup Meningkat

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh jangkaan pertumbuhan output yang lebih suram dalam minggu-minggu akan datang.

Favelle Favco akan Ambil Alih Seram Industries Dengan Janji Niaga Bernilai RM47.45 Juta

KUALA LUMPUR, Jan 12 (Bernama) -- Favelle Favco Bhd merancang untuk mengambil alih Seram Industries SAS yang berpangkalan di Perancis dengan janji niaga bernilai sehingga RM47.45 juta.

Pensijilan MSPO Bantu Malaysia Penuhi Keperluan Kelestarian Dalam FTA -- MPOB

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) membantu negara memenuhi keperluan kelestarian yang semakin dimasukkan ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA), menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.

Tenaga Boleh Baharu Berterusan Dapat Tampung Keperluan Pusat Data Di Malaysia -- IRENA

ABU DHABI, 12 Jan  (Bernama) -- Penyelesaian tenaga boleh baharu (TBB) berterusan atau tanpa henti (RTC) berpotensi menampung keperluan tenaga pusat data Malaysia yang kian ketara, kata Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA).

Mandat Biodiesel B50 Indonesia Dijangka Perkukuh Daya Saing Minyak Sawit Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Langkah Indonesia untuk melaksanakan mandat biodiesel B50 dijangka dapat meningkatkan lagi daya saing Malaysia di pasaran minyak sawit global, kata ahli ekonomi.