Terdapat 1487 berita berdasarkan kata kunci carian "jualan"

BMW Lancar Fasa 2 Pusat Pengedaran Dan Alat Ganti Serantau Di Senai

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia melancarkan Fasa 2 Pusat Pengedaran dan Alat Ganti Serantau, yang secara ketara memperluaskan kemudahan canggih itu yang terletak di Zon Perindustrian Bebas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Prestasi Suku Ketiga Jejas Saham Tnb, Susut Empat Peratus Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) susut empat peratus dalam dagangan awal pada Jumaat susulan prestasi pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2024 syarikat itu yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Untung Bersih TNB Melonjak Kepada RM1.58 Bilion Bagi Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat hampir dua kali kepada RM1.58 bilion dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 (TK2024), daripada RM856.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Turun Sedikit Ketika Akhiri Sesi Pagi, Kaunter Rugi Dominasi Pasaran

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengehadkan kenaikan sebelum ini untuk mengakhiri sesi pagi dengan turun sedikit berikutan jualan melebihi pembelian disebabkan kekurangan pemangkin terutamanya dengan pasaran AS ditutup pada Khamis untuk cuti Hari Kesyukuran.

Tropicana Catat Kerugian Bersih RM454.93 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kerugian bersih Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melonjak kepada RM454.93 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM10.34 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

20 Syarikat Terima Geran I-BAP Bernilai Hampir RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan. 

Prospek Perniagaan Suku Keempat 2024 Kekal Positif - MIER

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.

EV : MITI Bekerjasama Dengan Selangor Dan Johor, Pastikan Pengecas DC Di Setiap Daerah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Johor bagi memastikan setiap daerah mempunyai kemudahan pengecas pantas arus terus (DC) untuk kenderaan elekrik (EV).

Untung Bersih Suku Ketiga TH Plantations Melonjak Kepada RM21.55 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024 TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepada RM21.55 juta daripada RM17.55 juta tahun lepas.