BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Terengganu FC 5-0 UM-Damansara United | Piala Malaysia: Selangor FC 3-0 Kelantan The Real Warriors    | TPM Ahmad Zahid mahu karya Malaysia, khususnya buku dan hasil seni tembusi pasaran Indonesia | 

Terdapat 1623 berita berdasarkan kata kunci carian " apr"

Trump Umum Tarif Kepada Semua Negara Termasuk Malaysia Pada 24 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.

British Airways, Malaysia Airlines Perluas Perkongsian Kod, Teruskan Semula Laluan Heathrow-KLIA

SEPANG, 2 April (Bernama) -- British Airways bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk memperluaskan perjanjian perkongsian kod mereka dengan menawarkan kepada pengembara lebih banyak pilihan perjalanan ke Eropah.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki harga minyak kacang soya yang lebih kukuh dan anggaran eksport yang lebih tinggi, kata peniaga minyak sawit, David Ng. 

Ringgit Mengukuh 0.8 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Jan-Mac 2025

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd. 

Malaysia Usaha Perluas Ketersambungan Udara Ke Eropah, Amerika - Loke

SEPANG, 2 April (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambungan penerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Malaysia Airlines Beri Amaran Akaun Khidmat Pelanggan Palsu Di Laman Media Sosial

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) --Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial yang berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan mereka.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasa menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Takaful Malaysia Derma RM100,000 Kepada Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) memberi sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa yang terjejas akibat letupan paip gas di Putra Heights, semalam.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Tarif AS

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah kebimbangan para peniaga dan pelabur terhadap pengumuman tarif timbal balik oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Indeks Utama FBM KLCI Naik 12.87 Mata Ke Paras Intra Harian Tertinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.

Bank-bank Islam Tawar Bantuan Kepada Mangsa Insiden Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bank-bank Islam di Malaysia komited menawarkan bantuan kewangan kepada mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor.