BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasa menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

Menurut laporan yang memetik penganalisis dan peniaga, harga emas dijangka mencecah rekod tertinggi berikutan risiko terhadap tarif import yang mengehadkan penghantaran komoditi itu ke Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan hari ini, bulan semerta baharu April 2025 meningkat kepada US$3,142.00 setiap auns troy daripada US$3,080.20 setiap auns troy pada Jumaat lepas, dan Mei 2025 menokok kepada US$3,152.00 setiap auns troy berbanding US$3,090.20 setiap auns troy pada minggu lepas.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya mengukuh kepada US$3,164.80 setiap auns troy daripada US$3,090.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bertambah kepada 35 lot daripada 32 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 113 kontrak daripada 78 kontrak sebelum ini.

Pasaran Malaysia ditutup sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri pada Isnin dan Selasa.

Mengikut penetapan harga oleh London Bullion Market Association pada 1 April, harga emas fizikal berada pada US$3,133.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA