BERITA TERKINI    Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan |

Malaysia Airlines Beri Amaran Akaun Khidmat Pelanggan Palsu Di Laman Media Sosial

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) --Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial yang berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan mereka.

Syarikat penerbangan itu melaporkan terdapat peningkatan akaun palsu yang menghubungi pelanggan dan berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan di bahagian komen akaun media sosial rasmi mereka.

“Jangan terlibat dengan penipu ini, kerana mereka mungkin meminta butiran peribadi anda, maklumat pembayaran atau mengarahkan anda ke pautan penipuan.

“Hanya percayakan akaun rasmi kami yang disahkan di Facebook dan X @malaysiaairlines (cari tanda pengesahan biru),” kata syarikat itu menerusi hantaran di akaun X rasminya hari ini.

Malaysia Airlines juga mengingatkan pelanggan untuk berinteraksi hanya dengan akaun rasmi mereka yang disahkan sahaja atau menghubungi mereka melalui sembang langsung (live chat).

-- BERNAMA