6jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pelaburan digital di bawah inisiatif strategik negara, Digital Malaysia, melonjak 125 peratus kepada RM29.49 bilion pada suku kedua 2025 daripada RM13.11 bilion pada suku pertama 2025 dipacu oleh sentimen pasaran yang positif.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd melancarkan waran berstruktur baharu di Bursa Malaysia hari ini, menawarkan akses langsung kepada pelabur Malaysia untuk ke pasaran global melalui pendedahan kepada dua penanda aras ekuiti utama Hang Seng di Hong Kong.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Potensi sekatan penghantaran cip-cip Kecerdasan Buatan (AI) oleh Amerika Syarikat (AS) dijangka hanya memberikan impak yang terhad terhadap sektor perkhidmatan pembuatan elektronik Malaysia (EMS), menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
11jam ago
KOTA KINABALU, 7 Julai (Bernama) -- Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd melaksanakan langkah strategik dengan meningkatkan jumlah pelaburan dan memperluas kapasiti operasi, bukti keyakinan berterusan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Sabah.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Situasi ekonomi global dijangka perlahan pada separuh kedua 2025 berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap rakan dagang menjejaskan pelbagai pemain ekonomi, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
17jam ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Perkumpulan BRICS menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berlandaskan peraturan serta menolak langkah perlindungan sebelah pihak yang menghukum, diskriminasi serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan atas alasan kebimbangan alam sekitar.
1hari ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Syarikat Malaysia perlu bersedia untuk meneroka pasaran baharu dan mencari peluang dagangan di luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan bercampur-campur dengan beberapa senario turun naik pada minggu hadapan susulan ketidakpastian dalam permintaan global disebabkan oleh ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat (AS), menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Malaysia (MARGMA).
3hari ago
GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki harga minyak olein sawit yang menurun di Bursa Komoditi Dalian, China.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 9 Julai, dengan keseimbangan risiko yang cenderung kepada satu penurunan kadar, menurut RHB Investment Bank (RHB IB).
3hari ago
GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyambut ketibaan kapal pelayaran China yang pertama berpengkalan di negara ini dengan kehadiran M/V Piano Land, hasil perkongsian strategik antara Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd dan syarikat pelayaran China Astro Ocean Cruise.