BERITA TERKINI   Malaysia-Singapura perlu berusaha capai penyelesaian secara aman dalam isu sempadan maritim - PM Anwar | Ini hanya dapat dicapai melalui kepercayaan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura - PM Anwar | Pencapaian JS-SEZ adalah amat memberangsangkan, menjadi contoh kejayaan yang membanggakan di forum antarabangsa - PM Anwar | Potensi JS-SEZ adalah besar, terutamanya dengan kesalinghubungan yang lebih baik melalui Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura - PM Singapura Lawrence Wong | Kebakaran saluran gas di Putra Heights: 18 keluarga di Kampung Kuala Sungai Baru terima kunci rumah selepas siap dibaik pulih | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah di tengah-tengah jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS minggu depan.

Tanda-tanda kelembapan sederhana dalam data terkini AS mengukuhkan jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah pada mesyuarat Rizab Persekutuan pada 9 hingga10 Disember, disokong oleh unjuran pelonggaran dasar daripada broker utama.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 meningkat kepada US$4,215.90 bagi setiap auns troy daripada US$4,214.30 semalam, Januari 2026 naik kepada US$4,231.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,230.50, Februari 2026 menokok sedikit kepada US$4,247.60 bagi setiap auns troy daripada US$4,243.80 dan Mac 2026 melonjak kepada US$4,264.30 bagi setiap auns troy daripada US$4,260.50.

Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih tinggi pada US$4,282.70 bagi setiap auns troy daripada US$4,278.10 bagi setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan berkembang kepada 75 lot daripada 61 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menurun kepada 145 kontrak daripada 147 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal ditetapkan harga pada US$4,214.75 bagi setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Dis, 2025.

-- BERNAMA