Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2026 dan Jun 2026 masing-masing menokok 8.5 mata kepada 1,690.5 dan 1,690.0, kontrak April 2026 bertambah 9.0 mata kepada 1,692.0, manakala kontrak September 2026 meningkat 11.0 mata kepada 1,674.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,482 lot daripada 7,392 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menurun kepada 39,328 kontrak daripada 40,191 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 2.23 mata kepada 1,711.01 daripada 1,708.78 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA