BERITA TERKINI   Perbincangan MCMC dengan pihak X diadakan 21 Jan - Fahmi | STR Fasa 1 tahun 2026 disalurkan mulai 20 Jan, beri manfaat kepada lima juta penerima - PMO | Kadar perbelanjaan bantuan SARA capai 100 peratus tahun lepas, bukti keberkesanan kepada rakyat - PMO | Pelaksanaan bantuan, subsidi bersasar bantu sokong kuasa beli golongan memerlukan - PMO | Kadar pengangguran negara mencatat 2.9 peratus, terendah dalam tempoh 11 tahun - PMO | 

Harga Runcit RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 5 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada paras RM3.18 seliter sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak berubah iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA