BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

MITI Mula Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-lambakan Import Keluli Tahan Karat

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti anti-lambakan berkenaan import keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa-apa bentuk lain berasal atau dieksport dari China, Indonesia, Korea, Taiwan, Vietnam dan Thailand.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata permulaan kajian semula pentadbiran ini berdasarkan maklumat yang diterima kerajaan serta selaras dengan perenggan 28(1)(c) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504] dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

“Pihak berkepentingan boleh memberikan pandangan secara bertulis beserta bukti sokongan tambahan kepada MITI selewat-lewatnya pada 15 Nov 2024.

“Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat diperlukan atau maklumat dan pandangan tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa ditetapkan, kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA