
LABUAN, 12 April -- Petugas dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan melakukan cerapan bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan Ramadan 1442H di Pusat Cerapan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
LABUAN, April 12 -- Officers from the Office of the Mufti of the Federal Territory of Labuan together with members of the Labuan Crescent Observation Committee made observations to observe the crescent moon to set the start date of Ramadan 1442H at the Menara Universiti Malaysia Sabah Observation Center, Labuan International Campus, today.
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

LABUAN, 15 April -- Anak bulan pada hari keempat Ramadan 1442H jelas kelihatan ketika anggota APMM Zon Maritim Labuan selesai berbuka puasa di atas Bot Penggalang ketika bertugas dalam rondaan rutin di perairan Labuan hari ini.
Dikala rakyat Malaysia berbuka puasa dalam keadaan selesa di rumah atau restoran sepanjang Ramadan ini, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan masih giat menunaikan tugasan Ops Benteng Laut Timur demi keselamatan perairan negara khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
LABUAN, April 15 -- The crescent moon on the fourth day of Ramadan 1442H was clearly visible when members of the Labuan Maritime Zone MMEA finished breaking their fast on a Barrier Boat while on duty in a routine patrol in Labuan waters today. While Malaysians break their fast in comfort at home or restaurant during Ramadan, members of the Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM) Labuan Maritime Zone are still actively carrying out the East Sea Fortress Ops for the safety of national waters, especially in the Federal Territory of Labuan.
-- fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

KUALA TERENGGANU, 15 April -- Peniaga kuih Samsiah Shafie, 61, menyusun kuih-muih tradisional Terengganu untuk dijual kepada pelanggan sempena Ramadan ini ketika tinjauan di Pasar Batu Enam hari ini.
Kuih tradisional seperti akok, kuih bakar, nganang, mas sejemput, nekbat dan puteri mandi menjadi pilihan masyarakat tempatan untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA TERENGGANU, April 15 -- Traditional sweets vendor, Samsiah Shafie, 61, arranging traditional Terengganu cakes to be sold to customers in conjunction with Ramadan at Pasar Batu Enam today. Traditional cakes such as akok, kuih bakar, nganang, mas sejemput, nekbat and puteri mandi are the among the choices of the local community to be eaten when breaking their fast
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

ALOR SETAR, 14 April -- Pelbagai amalan dilakukan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah pada bulan yang mulia ini termasuk membaca al-Quran.
Zainab Sulaiman, 65, tidak melepaskan peluang membaca Al-Quran dan bertadarus bersama rakan-rakan pada Bulan Ramadan.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
ALOR SETAR, April 14 -- Various practices are performed with the aim of getting closer to Allah during this holy month, including reciting the Quran. Zainab Sulaiman, 65, did not miss the opportunity to read the Al-Quran and with friends during the month of Ramadan.
--fotoBERNAMA(2021) COPYRIGHT RESERVED

PUTRAJAYA, 12 April -- Jemaah menunaikan solat sunat terawih dalam norma baharu dengan menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.
Mulai esok umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, April 12 -- Congregants performed the terawih sunat prayers in the new norm by maintaining physical imprisonment and wearing face masks to curb the spread of COVID-19 at the Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque today. Starting tomorrow, Muslims in Malaysia will perform fasting in the month of Ramadan.
--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED