ISTANBUL, 30 Mei (Bernama-Anadolu) -- Pusat Keselamatan Maritim Oman pada Sabtu memaklumkan pihaknya mengesan sebuah periuk api laut yang disyaki berada di barat zon trafik pesisir di Selat Hormuz dalam perairan wilayah Oman, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menerusi hantaran di platform X, pusat itu menyeru “semua pelaut, nelayan dan kapal supaya berwaspada sepenuhnya ketika belayar, menjauhi sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa berkaitan.”
Ketegangan serantau memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari.
Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain menutup Selat Hormuz.
Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan sebelum dilanjutkan tanpa had oleh Presiden AS Donald Trump.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial