WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Keracunan Gas Karbon Monoksida Punca Lelaki Maut Dalam Kereta

30/05/2026 04:09 PM

GEORGE TOWN, 30 Mei (Bernama) -- Lelaki tempatan yang ditemukan maut di dalam sebuah kereta di hadapan kedai aiskrim di Jalan Sungai Dua, di sini, semalam disahkan meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata punca kematian lelaki berusia 37 tahun itu diperoleh hasil bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

“Mangsa juga dipercayai telah meninggal dunia kira-kira lima hari sebelum mayatnya ditemukan semalam. 

“Tiada unsur jenayah dikesan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mangsa, seorang jurutera dipercayai tertidur di dalam kereta tanpa mematikan enjin kenderaan.

Semalam, mayat lelaki yang berasal dari Ayer Itam ditemukan dalam keadaan berpakaian kemas dan berbaring di tempat duduk pemandu kereta milik isterinya yang dikunci dari dalam pada 11.47 pagi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan